Hakim Danish di tangga ke-12 pada GP Aragon

30 Aug 2026 • 7:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hakim Danish di tangga ke-12 pada GP Aragon

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menamatkan saingan di kedudukan ke-12 pada Grand Prix (GP) Motosikal Aragon di Litar Motorland Aragon, Sepanyol, hari ini.

Anak jati Terengganu yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mencatat masa 33 minit 29.762 saat (s).

Pendahulu Kejuaraan Dunia Moto3, Maximo Quiles yang mewakili pasukan CFMOTO Viel Aspar Team mengungguli perlumbaan tersebut dengan catatan masa terpantas 33:15.478s.

David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP pula terpaksa berpuas hati muncul sebagai naib juara dengan lakaran masa 33:15.742s, walaupun memulakan aksi dari petak pertama.

Kedudukan ketiga menjadi milik rakan sepasukan Quiles, Marco Morelli dengan catatan masa 33:16.193s, manakala, pendahulu Pendatang Baharu Terbaik, Brian Uriarte dari Red Bull KTM Ajo menamatkan saingan di tangga kelima (33.21.518s).

Keputusan perlumbaan, hari ini, menyaksikan Hakim Danish yang berhasil menokok empat mata masih kekal di kedudukan kelapan dengan kutipan 90 mata keseluruhan dalam senarai pelumba Moto3.

Pungutan mata tersebut juga meletakkan pelumba berusia 19 tahun itu mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dalam senarai Pendatang Baharu Terbaik dengan Uriarte unggul di tangga pertama (138 mata), manakala, pelumba Indonesia, Veda Pratama di tempat kedua (97 mata).

Selepas ini, Hakim Danish akan mengharungi perlumbaan di GP San Marino pada 11-13 September. – UTUSAN

The post Hakim Danish di tangga ke-12 pada GP Aragon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved