Moto3: Danish akur tempat ke-12 GP Aragon

30 Aug 2026 • 6:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Moto3: Danish akur tempat ke-12 GP Aragon

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 sensasi negara, Muhammad Hakim Danish Ramli terpaksa berpuas hati apabila sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Litar Aragon sebentar tadi.

Memulakan perlumbaan di petak ke-13, pelumba kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu itu mempamerkan tunggangan cukup agresif apabila memintas beberapa pelumba di hadapan pada awal saingan.

Danish berjaya menempatkan diri dalam kedudukan lapan teratas ketika pusingan kesembilan, namun kembali dipintas pelumba-pelumba lain sebelum berada di kedudukan ke-13 ketika pusingan ke-12.

Bagaimanapun, pelumba berusia 19 tahun itu tidak mudah berputus asa apabila tetap menampilkan tunggangan terbaik untuk cuba mengekalkan kedudukan sebelum melintasi garisan penamat di tempat ke-12.

Menerusi kedudukan tersebut, Danish tidak pulang tangan kosong apabila masih mampu mengutip tiga mata, sekali gus kekal di tangga kelapan carta kejuaraan dunia dengan 90 mata.

Sementara itu, pelumba pasukan Aspar, Maximo Quiles memenangi perlumbaan tersebut dengan catatan masa 33 minit 15.47 saat diikuti David Almansa dari pasukan Dynavolt Intact serta seorang lagi pelumba Aspar, Marco Morelli.

Selepas ini, Danish memiliki masa lebih kurang seminggu untuk melakukan persiapan menjelang perlumbaan seterusnya pada GP San Marino yang akan berlangsung 13 September nanti. – KOSMO! ONLINE

The post Moto3: Danish akur tempat ke-12 GP Aragon appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved