Hakim Danish Naik Podium Di GP Itali

1 Jun 2026 • 8:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hakim Danish Naik Podium Di GP Itali

Hakim Danish Naik Podium Di GP Itali

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pelumba meningkat naik Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta sensasi apabila menduduki tempat ketiga pada perlumbaan Grand Prix Itali di Litar Mugello.

Pelumba berusia 18 tahun yang memulakan aksi di petak utama konsisten kelompok hadapan pada lima lap pertama.

Beliau bagaimanapun ketinggalan di kelompok tengah pada laluan lurus terpanjang di GP Itali itu.

Baca juga:

Hakim Danish bagaimanapun berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga selepas berhasil memintas semula pelumba lain sebelum tiba di selekoh terakhir, sekali gus menaiki podium pada perlumbaan berprestij itu.

Kejayaan itu merupakan podium pertama buat Hakim Danish selepas tujuh perlumbaan musim ini.