Hampa lihat sarang penyu kena ‘roket’

LocalEnvironment
5 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hampa lihat sarang penyu kena ‘roket’

PORT DICKSON – Kegembiraan melihat penyu karah kembali bertelur di pantai daerah ini bertukar hampa selepas sarang yang ditemui sudah berlubang dengan telurnya dilarikan di Pantai Tanjung Gemuk, di sini.

Ranjer penyu, Hishamudin Abd Manap, 56, berkata, ia merupakan kejadian pertama sepanjang dia berkhidmat sejak tiga tahun lalu.

Katanya, dia sentiasa me­lakukan rondaan bagi mengesan kehadiran penyu dan sarang baharu di beberapa lokasi pantai sekitar Port Dickson.

“Antara kawasan yang dipantau ialah Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Pejabat Daerah, Pantai Bagan Pinang dan sekitar Pantai Avillion.

“Setiap hari bermula April hingga Disember, saya akan membuat pemantauan untuk melihat kesan trek penyu naik ke pantai sebelum mencari lokasi sarang untuk dipasang pancang dan ditanda,” katanya yang mempunyai pengalaman 25 tahun.

Menurut Hishamudin, penyu karah mula naik ke pantai ber­kenaan untuk bertelur, malah dua ekor penyu dikenal pasti ke­rap naik ke Pantai Tanjung Gemuk sejak April lalu.

Katanya, daripada pemantauan yang dilakukan, sebanyak 82 anak penyu telah berjaya menetas, manakala 15 telur tidak menetas atas faktor tertentu.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan, setiap tahun kita dapat melihat penyu datang bertelur di pantai ini. Sebab itu kita sangat berharap lebih banyak telur dapat menetas supaya ­spesies itu tidak pupus dan dapat dinikmati generasi akan datang.

“Sedih apabila ada pihak mengambil telur kerana setiap telur itu penting untuk memastikan populasi penyu terus bertambah,” katanya.

Tambahnya, penyu karah turut memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem lautan kerana antara makanan utamanya ialah obor-obor, sekali gus membantu mengawal populasinya terutama di kawasan pantai tumpuan pelancong. – KOSMO! ONLINE

The post Hampa lihat sarang penyu kena ‘roket’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved