
KUALA LUMPUR – Bukan tetamu biasa, sekumpulan siamang ini sudah hampir empat tahun menjadi ‘family berbulu’ yang sering muncul di kawasan kediaman seorang pemilik video.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh NMNR (@nmnraaa), siamang berkenaan dilihat datang dalam kumpulan, bermain, berehat di pagar serta menikmati buah yang diberikan.
Pemilik video berkata, walaupun hampir setiap hari bertemu kumpulan siamang itu, kehadiran mereka masih tidak pernah membosankan.
Dah Biasa Dengan Kehadiran Siamang
Dalam beberapa rakaman, siamang berkenaan dilihat begitu selamba berada di sekitar kawasan rumah, termasuk duduk di atas pagar dan berehat selepas makan.
Pemilik video turut berkongsi bahawa ada kalanya haiwan berkenaan tidak terus beredar selepas makan, sebaliknya berehat seketika sebelum kembali ke kawasan mereka.
Malah, terdapat rakaman menunjukkan sekumpulan siamang berada di bahagian beranda bangunan.
Gelagat mereka yang tenang dan tidak mengganggu itu membuatkan ramai netizen terhibur.
Ada Yang Datang Sekali Ramai
Menurut pemilik video, kumpulan berkenaan juga boleh datang dalam jumlah yang agak ramai.
Seorang pengguna berseloroh bertanya sama ada dirinya boleh mendapat ‘apple’ jika berjalan di hadapan rumah, manakala pengguna lain bergurau tentang kemungkinan hampir 20 ekor datang bersama keluarga.
Ada juga yang memuji sikap pemilik kerana tidak mengganggu haiwan berkenaan ketika mereka datang mencari makanan.
Netizen Kongsi Pengalaman
Ruangan komen turut dipenuhi pengguna yang berkongsi pengalaman masing-masing berdepan hidupan liar.
Ada yang berkata siamang atau lutung akan datang ke kawasan rumah untuk menikmati buah-buahan, malah ada yang mendakwa buah yang gugur di bawah pokok menjadi sumber makanan mereka.
Namun, beberapa pengguna turut mengingatkan supaya pemberian makanan kepada hidupan liar dilakukan dengan berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan haiwan semakin bergantung kepada manusia dan berpotensi mencetuskan konflik.
Apa yang pasti, gelagat ‘family berbulu’ itu berjaya mencuri perhatian ramai apabila video berkenaan menerima lebih 112,000 tanda suka, 2,270 komen, 86,600 perkongsian dan 6,174 simpanan di TikTok ketika tangkap layar dibuat. – The Malaysian Update
The post Hampir 4 Tahun Jadi Tetamu, ‘Family Berbulu’ Ini Masih Setia Datang Berkunjung appeared first on The Malaysian Update.





