Hampir sebulan bumbung sekolah diterbangkan angin, ibu bapa persoal tindakan

25 Jun 2026 • 10:54 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Keadaan bumbung sekolah yang rosak selepas diterbangkan angin di Bukit Raya, Hulu Langat.

Keadaan bumbung sebuah sekolah di Bukit Raya yang dilaporkan diterbangkan angin sejak hampir sebulan lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa apabila sehingga kini masih belum kelihatan sebarang kerja pembaikan dilakukan.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi kumpulan Facebook Info Warga Hulu Langat yang meluahkan rasa simpati terhadap murid dan guru yang terkesan akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, beberapa kelas yang terlibat terpaksa dipindahkan sementara ke lokasi lain seperti makmal sains dan bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan.

“Sudah hampir sebulan bumbung sekolah Bukit Raya diterbangkan angin. Sehingga kini tidak nampak lagi usaha untuk membaiki. Kelas anak-anak yang terlibat telah ditumpangkan ke kelas lain seperti makmal sains dan bilik RBT,” katanya dalam hantaran tersebut.

Image from: Hampir sebulan bumbung sekolah diterbangkan angin, ibu bapa persoal tindakan
Hantaran tular di media sosial
Baca juga:

Beliau turut meluahkan rasa kasihan terhadap murid dan guru yang terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan berkenaan, selain mempersoalkan tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Kasihan anak-anak dan guru-guru yang terlibat. Sampai bila masalah ini akan berlarutan?” tambahnya.

Hantaran itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.

The post Hampir sebulan bumbung sekolah diterbangkan angin, ibu bapa persoal tindakan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved