Hampir setahun menanti noktah, Adira Suhaimi harap kes lafaz rujuk dengan bekas suami segera selesai – ‘Anak bongsu pun nak masuk lima tahun’

4 Sep 2026 • 10:31 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Hampir setahun menanti noktah, Adira Suhaimi harap kes lafaz rujuk dengan bekas suami segera selesai – ‘Anak bongsu pun nak masuk lima tahun’

HAMPIR setahun menanti noktah, penyanyi dan usahawan Adira Suhaimi mengakui hanya mahu segala urusan membabitkan kes pengesahan lafaz rujuk dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu Hasaan atau Datuk Red, diselesaikan sebaik mungkin.

Bagi ibu kepada lima cahaya mata itu, tempoh yang panjang pastinya bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.

“Semoga kes ini berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan selesai cepat. Sebab saya rasa sudah hampir setahun kes ini berlarutan.

"Anak saya yang bongsu pun sudah nak masuk usia lima tahun,” katanya memetik OhBulan! ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada Khamis.

Image from: Hampir setahun menanti noktah, Adira Suhaimi harap kes lafaz rujuk dengan bekas suami segera selesai – ‘Anak bongsu pun nak masuk lima tahun’

Dalam prosiding berkenaan, Adira turut membawa abang kandungnya, Nor Azalin sebagai saksi bagi membantu kes pengesahan lafaz rujuk tersebut.

Adira hadir ke mahkamah ditemani dua peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie dan Nor Saidah Zakaria sebelum Datuk Red tiba beberapa minit kemudian.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan penarikan balik kes yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.

Kes berkenaan bermula selepas Datuk Red, menerusi permohonan yang difailkan pada 18 Disember lalu, mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 ketika Adira masih dalam tempoh idah selepas perceraian mereka.

Bagaimanapun, perkara itu mengejutkan Adira yang sebelum ini mendakwa bekas suaminya meminta bayaran RM100,000 sebagai antara syarat untuk menarik balik kes berkenaan.

Image from: Hampir setahun menanti noktah, Adira Suhaimi harap kes lafaz rujuk dengan bekas suami segera selesai – ‘Anak bongsu pun nak masuk lima tahun’

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April 2024.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 5, dan Ayob, 4.

Kini, selepas melalui pelbagai proses dan tempoh yang panjang, Adira hanya mengharapkan satu perkara, semoga segala urusan berkaitan kes tersebut dipermudahkan dan segera menemui jalan penyelesaian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved