“Handsome Itu Adalah Bonus” – Bella Astillah Nasihat Ayden Untuk Sentiasa Hormat Perempuan

Entertainment
10 Jul 2024 • 12:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ucapan dari selebriti, Bella Astillah kepada anak lelakinya, Ayden Adrean sempena hari jadi yang ke-7 boleh dikatakan cukup bermakna. Bukan tu jer, nasihatnya juga mengundang sebak daripada kalangan netizen.

Menerusi hantaran Instagram, Bella menahan sebak dan berharap Ayden akan menjadi anak lelaki yang kuat iman dan berguna kepada orang sekeliling.

Tak lupa juga, pelakon ini juga menasihatkan supaya anaknya sentiada menghormati perempuan dan melindungi keluarga.

Menjadi orang yang pintar, kaya, handsome itu adalah bonus, tapi apa yang jauh lebih penting dari semua tu, mummy ingin Ayden jadi orang yang baik, mummy akan sentiasa jadi orang yang baik, yang ikhlas.

Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak, menjaga maruah, berbakti kepada keluarga dan sesama manusia.

InshaAllah, pasti ramai yang akan menyayangimu dan hidupmu akan lebih tenang. I love you sayang.

Akui Ayden adalah kekuatan ketika harungi hari ‘gelap’

Bekas isteri kepada pelakon sensasai, Aliff Aziz ini juga sempat berkongsi gambar serta video anaknya ketika dilahirkan sehingga kini.

Katanya, dia sangat bersyukur dengan kehadiran Ayden lebih-lebih lagi ketika dia melalui episod gelap dalam hidupnya.

Netizen juga mengucapkan selamat hari jadi buat anak pelakon ini di ruangan komen dan mendoakan suapaya dia menjadi insan yang berguna.

image is not available

image is not available

Sebaknya dengar ucapan Bella Astillah ni. Semoga Ayden membesar dengan baik dan boleh jaga keluarga macam apa yang diharapkan oleh mummynya. Amin…

image is not available

Jap!