Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan di rumah untuk Najib

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 9:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan di rumah untuk Najib
Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang tular di media sosial.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang tular di media sosial.

Hannah menerusi hantaran di media sosial pada awal pagi Jumaat turut menegaskan Lembaga Pengampunan masih belum bersidang, selain meminta orang ramai tidak menyebarkan dokumen berkenaan yang didakwanya palsu.

“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial.

"Lembaga Pengampunan masih belum bersidang.Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini.

"Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Penafian itu dibuat selepas satu dokumen yang didakwa berkaitan perintah tahanan rumah Najib tersebar di media sosial, termasuk memaparkan tandatangan yang dikaitkan dengan Hannah serta imej yang didakwa sebagai mohor diraja.

Terdshulu, Setiausaha Akhbar Hannah, Ahmad Fazli Mohd Yadi turut menafikan tandatangan pada dokumen terbabit merupakan tandatangan rasmi menteri berkenaan dan memaklumkan tindakan laporan kepada pihak berkuasa.

Perkembangan itu berlaku ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijadual berlangsung hari ini susulan pertimbangan permohonan pengampunan Najib yang ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.

Setakat laporan 7.55 pagi, Hannah dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan telah tiba di Istana Negara menjelang mesyuarat berkenaan

TAMAT

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved