Hantaran kait Tuanku Muhriz: DAP buat laporan polis

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 3:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hantaran kait Tuanku Muhriz: DAP buat laporan polis

SEREMBAN – DAP membuat laporan polis berhubung tuduhan penghinaan di hantaran media sosial Facebook terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selain dakwaan bahawa parti itu campur tangan dalam isu tanah adat dan institusi diraja.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, hantaran tersebut telah dimuat naik pengguna Facebook lima hari lalu berkaitan isu krisis pentadbiran di Negeri Sembilan dengan paparan gambar Tuanku Muhriz.

“Dalam hantaran itu DAP dikaitkan dengan krisis yang berlaku sekarang di Negeri Sembilan.

“Ini adalah tuduhan yang sangat berat, sebagai parti politik sudah tentu kita telah berhadapan pelbagai kritikan dan tekanan, itu sudah biasa. Tetapi apabila dikaitkan dengan institusi diraja, ini sesuatu yang sudah melampau,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini hari ini.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh DAP Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi tadi.

Menurut Arul Kumar, selama lapan tahun menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan, perkara berkaitan tanah adat tidak pernah dibincangkan. – KOSMO! ONLINE

The post Hantaran kait Tuanku Muhriz: DAP buat laporan polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved