Pertemuan 25 ADUN fokus khidmat rakyat, bukan isu istana – Jalaluddin

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 11:13 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertemuan khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan malam tadi tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar Datuk Ismail Lasim dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pertemuan itu sebaliknya lebih tertumpu kepada usaha memastikan semua wakil rakyat blok kerajaan terus komited melaksanakan amanah di kawasan masing-masing, selain memperkukuh parti.

Image from: Pertemuan 25 ADUN fokus khidmat rakyat, bukan isu istana – Jalaluddin

Foto arkib: BH Online

Beliau berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan barisan ADUN berkenaan supaya tidak terkesan dengan perkembangan semasa dan terus mengutamakan khidmat kepada rakyat susulan situasi politik di negeri itu.

“Kita bagi satu naratif, satu petua supaya ADUN, 25 ADUN yang ada ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing, perkukuhkan parti dan juga tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur malam tadi.

Jalaluddin berkata , ertemuan berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved