Maut dibuli: Reman pelajar tingkatan dua disambung 7 hari

1 Oct 2026 • 11:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Maut dibuli: Reman pelajar tingkatan dua disambung 7 hari

SEREMBAN – Tempoh reman seorang pelajar senior berusia 16 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perintah sambungan reman itu diperoleh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Reman pertama suspek bermula 26 September lalu. Buat masa ini, kertas siasatan masih dalam proses dilengkapkan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Tambahnya, seorang lagi suspek iaitu pelajar berusia 16 tahun direman bermula 28 September lalu hingga 3 Oktober ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa didakwa telah dipukul di bahagian kaki menggunakan paip getah selain dibelasah.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN). Kematian mangsa dikaitkan dengan kejadian buli di sebuah sekolah yang menyediakan kemudahan asrama. – KOSMO! ONLINE

The post Maut dibuli: Reman pelajar tingkatan dua disambung 7 hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved