
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (28 Ogos), aktivis S Chandrasegaran atau juga dikenali sebagai Cikgu Chandra menjadi bualan gara-gara hantarannya yang memuat naik lafaz dua kalimah syahadah.
Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook pada pagi tadi, Cikgu Chandra telah menulis ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah’.
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang teruja serta menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.
Cikgu Chandra Dedah Hasrat Mahu Peluk Islam, Akan Lafaz Syahadah Dalam Masa Terdekat
Terbaharu, Cikgu Chandra telah menyatakan hasratnya yang mahu memeluk agama Islam.
Namun, lafaz syahadah untuk bergelar saudara baharu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
“Saya akan jemput media masa itu (lafaz syahadah),” katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Pilih Untuk Tidak Hebahkan, Mahu Lindungi Diri & Keluarga
Tambah Cikgu Chandra, dia memilih untuk tidak menghebahkan mengenai perkembangan tersebut dek kerana mahu melindungi diri serta keluarganya.
Pada masa sama, dia enggan kenyataannya itu dipetik di luar konteks sehingga boleh menimbulkan salah faham termasuk memberi kesan kepada mereka.
“Saya menghormati persoalan yang dikemukakan oleh pihak media. Namun, saya memilih untuk menjawab Alhamdulillah pada ketika ini.
“Saya percaya setiap orang berhak membuat tafsiran terhadap sesuatu hantaran, tetapi saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini.
“Saya berharap pihak media dapat menghormati pendirian saya dan memberikan ruang kepada saya serta keluarga.
“Insya-Allah saya akan maklumkan bila tempoh bertenang saya selesai,” jelasnya.
Cikgu Chandra Turut Berkongsi Pengalaman, Mimpi Dikelilingi lelaki Melayu
Cikgu Chandra dalam hantaran berasingan sebelum ini turut berkongsi pengalamannya bermimpi dikelilingi lelaki Melayu sambil melafazkan sesuatu.
“Ya Allah. Terkejut saya. Saya bermimpi dikelilingi ramai lelaki Melayu sambil saya lafazkan sesuatu.
“Selepas lafazkan beberapa perkataan tersebut saya diarak ke rumah semua orang orang Melayu bersama saya ghaib dan saya terkejut dari tidur 12.11 tadi.
“Hati terlalu ringan selepas itu saya lalu menaip posting ini. Saya kaku apa yang sedang berlaku dekat saya ini. Yang pasti orang Melayu semuanya saya tak kenal, bertubuh sasa,” kongsinya.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Paksaan, Ikhlas Dari Hati” – ADUN Pitas Pilih Islam Selepas 10 Tahun ‘Mencari’ Agama
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Peluk Islam Akui Rasa Tenang Selepas Ucap Dua Kalimah Syahadah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terselamat Dari Insiden Tanah Mendap Di Masjid India Peluk Islam


