Hantaran ringkas ‘Alhamdulillah’ Asyraf Wajdi cetus tanda tanya

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 10:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hantaran ringkas ‘Alhamdulillah’ Asyraf Wajdi cetus tanda tanya

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencetuskan tanda tanya selepas berkongsi hantaran ringkas di Facebook dengan ungkapan “Alhamdulillah”.

Hantaran tersebut dimuat naik ketika isu permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi perhatian susulan keputusan Lembaga Pengampunan sebelum ini yang menangguhkan permohonan berkenaan ke mesyuarat akan datang.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak menjelaskan perkara yang dirujuk menerusi ungkapan tersebut.

Sebelum ini, beliau menyatakan UMNO menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pengampunan itu.

Perkongsian terbaharu itu kini menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan dengan perkembangan terbaharu berhubung proses pengampunan Najib. – KOSMO! ONLINE

The post Hantaran ringkas ‘Alhamdulillah’ Asyraf Wajdi cetus tanda tanya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved