Isu pengampunan Najib: Hantaran Asyraf Wajdi curi perhatian -“Alhamdulillah”

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hantaran ringkas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang hanya memuatkan perkataan “Alhamdulillah” mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial pagi ini.

Jadi perhatian hari ini

Hantaran tersebut dimuat naik ketika perkembangan di Istana Negara menjadi perhatian susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang berlangsung pagi ini.

Walau bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak memberikan penjelasan mengenai perkara yang dirujuk menerusi hantaran berkenaan.

Image from: Isu pengampunan Najib: Hantaran Asyraf Wajdi curi perhatian -“Alhamdulillah”

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilihat meninggalkan Istana Negara sekitar jam 9.40 pagi selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Kehadiran Hannah sebelum itu menjadi perhatian apabila kenderaannya dilihat memasuki pekarangan Istana Negara sekitar jam 7.48 pagi, diikuti kenderaan yang dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Hannah bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media selepas meninggalkan pekarangan Istana Negara.

Image from: Isu pengampunan Najib: Hantaran Asyraf Wajdi curi perhatian -“Alhamdulillah”

Foto: FB Hannah Yeoh

Mesyuarat berkenaan mendapat perhatian susulan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditangguhkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 11 September lalu.

Setakat jam 9.40 pagi, belum ada pengumuman rasmi mengenai keputusan mesyuarat tersebut.

Perkembangan itu turut hadir selepas Hannah pada malam sebelumnya menafikan pernah menandatangani sebarang perintah tahanan rumah yang dikaitkan dengan Najib dan menyifatkan dokumen yang tular sebagai palsu.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved