Hanya Dipisahkan Dengan Epal, Gambar Provokatif Jang Kiyong & Chun Woohee Raih Perhatian Ramai

Entertainment
25 Apr 2024 • 10:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Gambar terkini Jang Ki-yong dan Chun Woo-hee telah menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, barisan utama pelakon bagi drama “The Atypical Family” iaitu Jang Ki-yong dan Chun Woo-hee telah muncul di majalah Elle. Di mana, gambar kedua-dua mereka telah memancarkan keseksian dan karisma mereka tersendiri.

Namun, salah satu gambar mereka bersama telah tular di media sosial. Dalam gambar itu, mereka telah dilihat berdiri sangat rapat, dan jarak mereka hanya dipisahkan dengan buah epal yang mereka berdua gigit.

Selepas gambar itu dikongsi, rata-rata peminat telah memuji keserasian yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon tersebut.

Malah, mereka turut meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap drama “The Atypical Family” yang akan mula ditayangkan pada Mei ini di Netflix.

Komen peminat,

  • Pasangan paling ‘hot’ tahun ni!
  • Serasinya pasangan ini!
  • Tolong la keluarkan lebih banyak gambar seperti ini.

Korang dah sedia ke belum nak tonton “A Typical Family”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.