“Sudu zaman bila ni?”- Sudu Yang Disediakan Oleh Kedai Makan Ini Jadi Buah Mulut Netizen

Entertainment
21 Apr 2024 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, gambar sudu telah menjadi perhatian ramai netizen kerana dalam gambar yang dikongsikan di Facebook itu, dapat dilihat sudu tersebut telah buruk, bertukar warna gelap dan merekah.

Apa yang menjadi perhatian ialah sudu tersebut dipercayai telah disediakan oleh sebuah kedai makan yang tidak diketahui namanya kepada pelanggan yang memesan makanan di premis tersebut.

Gambar sudu itu telah dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Shafiq Samad menerusi group Facebook Warga Machang dan sehingga kini, gambar sudu ‘merekah’ itu telah meraih hampir 2 ribu komen daripada netizen.

image is not available

Individu tersebut telah memuat naik gambar berkenaan beserta kapsyen ‘Sudu ko kulit kaki’ (Sudu ke kulit kaki) kerana keadaan sudu tersebut yang seperti telah rosak dan tidak sesuai digunakan oleh pelanggan kedai makan.

Rata-rata warganet terkejut dengan keadaan sudu tersebut kerana ramai berpendapat pemilik kedai makan seharusnya menukar sudu atau garpu kepada set kutleri yang baru jika sudu garpu yang sedia ada mula rosak atau buruk.

Meninjau ke ruangan komen juga, ada juga warganet yang turut menasihati mana-mana pemilik kedai makan agar menukar kerusi makan bayi yang telah kotor atau rosak dengan kerusi makan bayi yang lama.

image is not available

Jika tidak ditukar kepada yang baru sekalipun, setidaknya ia haruslah dibersihkan dengan kerap kerana kerusi yang kotor boleh menyebabkan anak-anak kecil pelanggan yang duduk di kerusi tersebut jatuh sakit.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.