Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai

3 Jul 2026 • 12:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai

Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai

Realitinya, hidup pada hari ini memang semakin mencabar. Kos sara hidup makin meningkat, harga barang tak lagi macam dulu, komitmen pula datang bertalu-talu.

Baru masuk awal bulan, gaji dah mula 'susut' dek sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, bil air, internet, belanja dapur dan macam-macam lagi.

Sebab itulah, ramai yang memilih untuk bekerja lebih keras. Bukan sebab tamak, jauh sekali mahu hidup bermewah-mewah.

Mereka cuma nak pastikan keluarga cukup makan, bil dapat dibayar dan ada sedikit simpanan untuk hari esok.

Kalau dulu satu kerja sudah memadai, hari ini ramai yang sanggup buat dua, malah tiga kerja dalam sehari. Penat memang penat. Tapi demi orang tersayang, semuanya sanggup ditempuhi.

Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads mencuri perhatian. Perkongsian ringkas itu membuka ruang kepada rakyat Malaysia berkongsi realiti kehidupan yang mungkin selama ini mereka simpan sendiri.

"Aku start dulu..." - Perkongsian ringkas, buka cerita ramai

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @iamayieee_ mengajak netizen berkongsi pekerjaan yang mereka lakukan jika mempunyai lebih daripada satu sumber pendapatan.

"Weh yang mana buat dua kerja tu cuba korang spill sat korang kerja apa? Ok, aku start dulu. Now turn korang pulak," tulisnya.

Sebagai permulaan, dia memuat naik dua keping gambar dirinya.

Gambar pertama memperlihatkan dia lengkap memakai pakaian keselamatan berwarna biru ketika menjalankan tugas di tempat kerja.

Namun, gambar kedua pula menceritakan sisi lain kehidupannya apabila dia dilihat bekerja sebagai penghantar makanan selepas tamat waktu kerja.

Image from: Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mula berkongsi kisah masing-masing.

Ramai yang buat dua, malah tiga kerja sekali

Tiada kapsyen panjang, bukan juga luahan penat. Hanya sekumpulan 'orang asing' yang berkongsi cerita.

Image from: Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai
Image from: Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai
Image from: Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai
Image from: Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai
Image from: Hanya Kongsi Dua Keping Gambar, Kisah Lelaki Ini Buka Cerita Ramai

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen berasa sebak. Hakikatnya, setiap orang sedang berjuang dengan cara masing-masing.

Perkongsian ini juga sedikit sebanyak mengingatkan kita bahawa kita sebenarnya tidak bersendirian menghadapi cabaran hidup.

Baca juga:

Di luar sana, masih ramai yang bangun seawal pagi, pulang lewat malam dan terus bekerja tanpa banyak mengeluh demi mencari rezeki yang halal.

Ada yang bekerja lebih 12 jam sehari. Ada yang sanggup mengorbankan waktu rehat. Malah, ada juga yang sudah lama tidak menikmati hujung minggu kerana setiap hari digunakan untuk bekerja.

Apa pun keadaan kita hari ini, jangan pernah berhenti bersyukur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved