Hanya mampu bertaubat – Azeva

EntertainmentMovie
24 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hanya mampu bertaubat – Azeva

KUALA LUMPUR: “Saya minta maaf kerana seksi.”

Demikian permohonan maaf dibuat pelakon dan penyanyi, Azeva yang berpenampilan seksi dalam filem Bisikan Nafsu.

Azeva memaklumkan dia yang ketika penggambaran filem itu baru kembali dari melanjutkan pelajaran di Australia, terbawa-bawa penampilan mecolok mata dalam filem terbitan Hello Production Sdn Bhd itu.

“Saya akui penampilan saya memang seksi dalam filem itu dan ini saya maklumkan berkali-kali ketika bersiaran langsung di TikTok.

“Ketika itu saya baru pulang ke Malaysia dari melanjutkan pelajaran jadi saya terbawa-bawa penampilan saya ke dalam filem.

“Apa pun, yang mampu saya buat adalah memohon maaf dan bertaubat walaupun saya belum menutup aurat sepenuhnya,” katanya ketika ditemui sempena tayangan filem Bisikan Nafsu di TGV, semalam.

Image from: Hanya mampu bertaubat – Azeva

Ditanya tentang adegan ranjang dengan pelakon Zul Huzaimy, Azeva sedar ianya bakal mengundang kritikan netizen.

Bagaimanapun Azeva menganggap ia sebagai salah satu strategi pemasaran filem berkenaan.

“Saya maklum bahawa masyarakat Malaysia rata-ratanya memang sensitif sangat dengan adegan sedemikian. Tapi seperti yang anda semua sudah tengok tadi, tidak ada apa-apa pun.

“Kita buat benda itu supaya orang bercakap. Inilah matlamat kami sebagai orang bisnes, kami mahu orang bercakap mengenai filem ini.

“Jadi, kalau nak tahu apa yang berlaku dan kenapa adegan itu dikaburkan di media sosial, kena datang tonton filem ini untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya lagi.

Filem Bisikan Nafsu yang bakal ditayangkan 1 Oktober ini turut menampilkan Aniq Suhair, Aleza Shadan, Raja Azmi, Watie Sadali dan ramai lagi. – UTUSAN

The post Hanya mampu bertaubat – Azeva appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved