Pelakon, penyanyi, dan pengacara, Azeva Natassha, 25 tahun, berkongsi bahawa dia sangat terkesan dengan babak di mana dia tertidur di kawasan tanah perkuburan dalam filem lakonannya, Bisikan Nafsu.
Azeva mengakui, babak itu membawa emosi mendalam kerana membayangkan wajah ibu tersayang, Datuk A Aida, yang sentiasa menjadi sumber kekuatannya.
Untuk babak menangis sehingga tertidur di tanah perkuburan, aku terbayang Mama yang sedang sakit. Saya dapat rasa sedih itu, dan memberikan sepenuh emosi untuk babak berkenaan yang cukup meninggalkan kesan di hati.
View this post on Instagram
Dalam filem tersebut, Azeva memegang watak utama Nadia yang bergelut dengan gangguan emosi akibat masalah keluarga dan beberapa kejadian hitam yang menimpanya.
Dalam pada itu, Azeva juta tidak menafikan penampilannya agak seksi di dalam filem berkenaan dan berharap penonton tidak terkejut dengan gaya beraninya.
Ketika penggambaran, saya baru sahaja pulang dari Australia, jadi saya masih terpengaruh dengan gaya hidup di sana. Apa pun, saya minta maaf jika ia menimbulkan rasa kurang selesa.
Azeva memohon maaf kepada penonton sekiranya penampilannya di dalam filem dianggap terlalu seksi. Dia juga akui gaya itu berlebihan namun sering memaklumkan peminat sewaktu sesi ‘live’ di media sosial.
Saya sedar gaya itu seksi dan saya mengaku banyak dosa. InsyaAllah, saya akan elakkan gaya sebegini dalam lakonan akan datang.

Foto Pakai Seksi & Berpelukan Dengan Lelaki 'Viral', Penyanyi Dan Pelakon Wanita Beri Respon - "Aib, Melampau Sangat"
The post “Saya Masih Terpengaruh Dengan Gaya Hidup Di Sana” – Tampil Seksi Dalam Filem, Azeva Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






