Hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional – Anwar

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 1:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional – Anwar

MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu selaras dengan pendirian parti yang mahu memastikan Sabah dan Sarawak diberikan perhatian berdasarkan keperluan khusus kedua-dua wilayah tersebut.

“Inilah parti dan kerajaan yang tidak melihat tuntutan Sabah dan Sarawak sebagai isu untuk dua wilayah itu sahaja, sebaliknya sebagai agenda nasional.

“Masalah Sabah dan Sarawak tidak boleh dianggap sama seperti masalah negeri-negeri lain. Kedua-duanya mempunyai keperluan khas,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Anwar berkata, dalam memenuhi tuntutan MA63, masih terdapat ruang untuk pelaksanaannya diperbaiki dan dipertingkatkan.

Beliau menegaskan, isu MA63 juga tidak seharusnya hanya dibicarakan di Sabah dan Sarawak, sebaliknya perlu menjadi perhatian bersama seluruh negara.

“Isu MA63 dan Sabah-Sarawak tidak boleh hanya dibicarakan di Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia mesti bergerak seiring dan berganding bahu dengan Sabah dan Sarawak.

“Adakah membantu Sabah dan Sarawak akan meningkatkan sokongan kita di Semenanjung? Tidak semestinya. Tetapi itulah pilihan kita, melakukan perkara yang betul.

“Perkara yang betul ialah keadilan untuk semua dan pembangunan untuk semua,” katanya. –UTUSAN

The post Hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved