Harga diesel, RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik lima sen bermula hari ini

LocalBusiness & Finance
26 Feb 2026 • 8:21 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak lima sen kepada RM3.04 seliter bagi tempoh 26 Februari hingga 4 Mac ini.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan bagaimanapun kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, harga runcit petrol RON97 turut dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM3.15 seliter, manakala petrol RON95 tanpa subsidi meningkat lima sen kepada RM2.59 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” menurut kenyataan tersebut.

MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved