Harga Kia Sportage 2024 Versi CKD Bocor – Dari RM150K?

LocalCars
21 Nov 2024 • 9:25 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hanya beberapa jam selepas pra-tempahan dibuka, anggaran harga bagi SUV Kia Sportage 2024 versi CKD dilaporkan bocor dalam talian semalam. Maklumat ini didedahkan oleh salah satu rakan pengedar Kia di Facebook. Harga ini dibocorkan lebih awal sebelum pelancaran rasminya yang dijadualkan berlangsung semasa Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 pada Disember nanti.

Empat Varian Ditawarkan

image is not availableimage is not available

Berdasarkan perkongsian itu, Kia Sportage CKD dikatakan akan ditawarkan dalam empat varian dengan anggaran harga bermula dari RM150,000 untuk varian asas, 2.0L 2WD dan RM160,000 untuk varian pertengahan, 2.0L 2WD High.

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder aspirasi natural SmartStream yang menghasilkan 156 hp dan 192 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik enam kelajuan.

Manakala dua varian lebih tinggi pula dianggarkan bakal ditawarkan pada harga RM180,000 untuk 1.6T 2WD dan RM190,000 untuk varian 1.6T AWD High.

Varian-varian ini dilengkapi enjin turbo 1.6 liter Theta II 4 silinder dengan output 177 hp dan 265 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan DCT.

Pilihan Warna dan Kelengkapan

Sportage CKD 2024 akan hadir dalam empat pilihan warna iaitu Astra Blue, Meteor Grey, Snowflake White Pearl dan Jet Black.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Dari segi teknologi, model ini dilengkapi dengan ciri seperti skrin kembar bersaiz 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Kelengkapan menarik lain ialah sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, sistem audio premium Harman Kardon dan kawalan pendingin hawa dua zon.

Bersaing Dalam Segmen SUV C

image is not availableimage is not available

Dengan harga yang dikongsi ini, Kia Sportage CKD dilihat bakal memberikan saingan kepada SUV lain di pasaran seperti Mazda CX-5 2024 facelift CKD, yang dijual antara RM143,300 hingga RM187,200. Harga yang kompetitif ini menunjukkan strategi Dinamikjaya Motors untuk menarik perhatian pembeli dalam segmen SUV C.

Jaminan 5 Tahun

image is not availableimage is not available

Kia Sportage CKD dijangka hadir bersama jaminan selama 5 tahun atau sehingga 100,000 km serta pakej servis percuma, sama seperti model Kia lain di bawah Bermaz Auto.