Harga Langganan Premier League+ Diumumkan Untuk Singapura

21 May 2026 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga Langganan Premier League+ Diumumkan Untuk Singapura

Platform penstriman Premier League+ akan dilancarkan di Singapura untuk musim 2026/2027. Dengan musim baru akan bermula dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, harga langganan Premiere League+ akhirnya diumumkan minggu ini.

LanggananHarga
24 jamS$ 16 (~RM 50)
1 bulanS$ 44 (~RM 137)
12 bulanS$ 399 (~RM 1238)

Menarik di sini ialah penawaran pas selama satu hari sahaja yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana pelan sukan di Singapura. Menerusi langganan Premier League+, semua 380 perlawanan Premier League, FA Cup dan Community Shield boleh disrtim tanpa had.

Ia hadir dengan ciri tambahan seperti kamera yang mengikut pemain tertentu serta paparan statistik perlawanan secara masa nyata. Bagi yang berminat, Premiere League+ boleh dilanggan bermula 5 Ogos depan.

Singapura dipilih sebagai pasaran ujian selepas mempertimbangkan beberapa negara lain. Sekiranya ujian di Singapura berjaya, Premier League+ akan dikembangkan ke pasaran lain di seluruh dunia. Langkah yang diambil Premier League ini sudah lama ditawarkan liga lain seperti NFL, NBA, dan MLB di Amerika Syarikat.

Di Malaysia, hak penyiaran Premier League dan Emirates FA Cup dipegang oleh Astro sehingga musim 2027/28. Kontrak tiga tahun Astro diperbaharui 3 tahun sekali. Sekiranya tiada pembaharuan untuk musim 2028/29, besar kemungkinan Premier League+ akan dilancarkan pula di Malaysia.