OpenAI Buka Makmal AI dan Melabur S$300 Juta Di Singapura

WorldTechnology
21 May 2026 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI mengumumkan inisiatif OpenAI for Singapore dengan melakukan pelaburan S$300 Juta (~RM 930 juta) serta membuka Applied AI Lab pertama mereka di luar Amerika Syarikat. Mereka bekerjasama dengan sebagai kerjasama rasmi dengan Kementerian Pembangunan Digital dan Maklumat (MDDI) Singapura untuk menyokong strategi AI nasional Singapura.

Image from: OpenAI Buka Makmal AI dan Melabur S$300 Juta Di Singapura

S$300 juta yang diperuntukkan adalah untuk tiga fokus strategik iaitu menyokong organisasi Singapura menggunakan kecerdasan buatan (AI) sempadan, membangunkan bakat AI tempatan dan memperluaskan manfaat AI kepada rakyat & perniagaan seluruh negara.

Sementara itu menerusi Applied AI Lab pula OpenAI akan mewujudkan 200 peranan teknikal termasuk jurutera barisan hadapan dalam beberapa tahun akan datang. Jurutera ini akan bekerja secara terus dengan syarikat untuk menyelesaikan masalah kompleks dan menghubungkan kajian sempadan dengan penggunaan di dunia sebenar.

Tiada sebab mengapa Singapura dipilih menjadi lokasi makmal AI pertama OpenAI di luar Amerika. Tetapi dalam sebuah laporan yang di Business Times bulan lalu, Singapura mempunyai jumlah pengguna tertinggi Claude per kapita penduduk di dunia. Seramai 80% warga Singapura juga mengaku menggunakan AI setiap hari sementara 93% pelajar mengaku menggunakannya untuk mengulangkaji serta melakukan tugasan kelas