

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan. Jentera berkuasa 612 hp ini direka khusus untuk penggemar kelajuan yang mahukan prestasi litar lumba optimum serta kawalan aerodinamik serba canggih dalam pemanduan harian.
Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dijana oleh enjin AMG 4.0-liter V8 biturbo yang menghasilkan kuasa 450 kW (612 hp) dan tork maksimum 850 Nm. Kuasa ini ditingkatkan sebanyak 27 hp berbanding model standard.
Dilepaskan menerusi transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9G dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+, jentera ini mampu memecut dari 0-200 km/j dalam masa 10.9 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan tertinggi 317 km/j.
Untuk memastikan enjin kekal sejuk semasa pemanduan ekstrem di litar, Mercedes-AMG menambah dua radiator pada bahagian ruang roda hadapan serta sistem penyejukan aktif untuk pembeza (differential) dan kotak pemindah.
Pengurangan Daya Angkat AerodinamikDaya Angkat Hadapan: Dikurangkan melebihi 30 kg untuk respon stereng lebih presisi.
Daya Tekan Belakang (Downforce): Ditingkatkan kira-kira 15 kg menerusi sayap belakang tetap.
Sirip Bawah Badan: Diilhamkan daripada hypercar Mercedes-AMG ONE untuk melancarkan aliran udara.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Bahagian dalaman menampilkan gabungan ruang eksklusif dan elemen sukan permotoran. Tempat duduk AMG Performance dilapisi kulit nappa dan mikrofiber MICROCUT, berserta stereng kemasan gentian karbon.
Kokpit dilengkapi paparan pemandu 12.3 inci dan paparan pusat 11.9 inci menerusi sistem MBUX, lengkap dengan MBUX Augmented Reality dan aplikasi telemetry AMG TRACK PACE untuk analisis masa pusingan litar.
Bagi pengumpul tegar, Mercedes-AMG turut menawarkan Motorsport Collectors Edition yang diilhamkan daripada pasukan Formula One®. Model eksklusif ini hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit di seluruh dunia.
Edisi khas ini hadir dengan warna hitam obsidian, corak Mercedes-Benz Star Pattern, serta aksen warna ikonik PETRONAS pada elemen aerodinamik, angkup brek, dan perincian rim tempaan 21 inci.



