Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

LocalCars
30 Sep 2026 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Z62_5588.jpg

Mercedes-Benz Malaysia mendedahkan  Mercedes-AMG GT 4-Door Coupé elektrik serba baharu di pasaran tempatan.

Sebaliknya, model yang didedahkan kepada media pagi tadi adalah  varian GT 55 sempena acara Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026. Namun, untuk pasaran kita nanti, ia akan hadir dalam varian GT 63. 

Jentera EV berprestasi tinggi yang berharga dari RM1.29 juta ini menjanjikan kuasa luar biasa 1,169hp dan mampu memecut 0-100km/j dalam masa 2.4 saat sahaja.

Prestasi Maksimum Mercedes-AMG GT 4-Door EVimage.png

Jentera ini dibina menggunakan seni bina khusus AMG.EA, menjadikannya antara kenderaan elektrik paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Mercedes-AMG. Ia dikuasakan oleh tiga motor axial-flux yang dibangunkan khas untuk prestasi luar biasa.

Gabungan motor ini dengan bateri berprestasi tinggi teknologi Formula 1 membolehkan ia menjana 1,169hp dan tork maksimum 2,000Nm. Kelajuan maksimum kereta ini dihadkan kepada 260 km/j.

Bateri Berkapasiti Tinggi dan Pengecasan Pantas

Model ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 106kWh yang disokong oleh sistem elektrik 800 volt. Sistem ini membenarkan pengecasan pantas DC sehingga 350kW.

Pengecasan bateri dari 10 hingga 80 peratus hanya mengambil masa 16 minit. Dari segi jarak perjalanan, ia mampu mencapai sehingga 697 kilometer untuk satu pengecasan penuh mengikut kitaran WLTP.

Bunyi V8 dan Pengendalian Cemerlangimage.pngimage.png

Bagi mengekalkan emosi pemanduan jentera AMG, model ini dilengkapi sistem AMGFORCE S+ yang meniru karakter bunyi enjin V8 tradisional. Ia menggunakan lebih 1,600 fail audio berbeza yang berubah secara dinamik mengikut gaya pemanduan.

Dari sudut kawalan, kenderaan ini menampilkan sistem AMG ACTIVE RIDE CONTROL dan stereng gandar belakang aktif sehingga enam darjah. Sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ turut memastikan pengagihan kuasa yang pintar antara roda dan gandar.

Ruang Kabin Mewah dan Harga EV Mercedes Malaysiaimage.pngimage.png

Ruang dalaman Mercedes-AMG GT 4-Door EV direka khusus berorientasikan pemandu dengan paparan digital yang besar dan sistem operasi MB.OS. Penumpang hadapan juga mendapat skrin hiburan bersaiz 14-inci yang eksklusif.

Kelengkapan lain termasuk sistem audio Burmester 3D yang premium dan fungsi AMG Track Pace untuk pemanduan di litar. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved