Harga RAM Dijangka Naik 50% Pada Q3 dan Naik 40% Lagi Pada Q4 2026

TechnologyBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga RAM Dijangka Naik 50% Pada Q3 dan Naik 40% Lagi Pada Q4 2026

Adakah apokalips RAM membuatkan anda tak senang hati kerana peranti yang ingin dibeli tidak mampu dimiliki kerana kenaikan harga? Saranan kami sejak penghujung 2025 ialah masa terbaik membeli peranti ialah semalam dan masa kedua terbaik ialah hari ini. Menurut ramalan penganalisa Jefferies Equity Research, saranan kami ini tepat kerana harga RAM diramalkan terus mencanak naik dalam masa terdekat.

Image from: Harga RAM Dijangka Naik 50% Pada Q3 dan Naik 40% Lagi Pada Q4 2026

Jefferies Equity Research meramalkan harga RAM akan meningkat antara 40-50% pada Q3 2026 sebelum meningkat 30-40% lagi pada Q34 2026. Kemudian pada awal 2027, sekali lagi ia akan meningkat 40-45% lagi disebabkan permintaan yang kekal tinggi tetapi kapasiti pengeluaran masih rendah. Faktor kurangnya kilang serta perpindahan ke nod memori lebih terkini masih lagi sedang dijalankan.

Harga RAM hanya dijangka turun 15-20% pada tahun 2028 apabila pengeluaran semakin stabil. Sebelum ini industri berharapan memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) akan ditawarkan pada harga lebih murah berbanding SK Hynix, Micorn dan Samsung.

Tetapi ramalan ini jauh meleset dan CXMT dimasukkan ke dalam senarai hitam oleh Amerika Syarikat kerana didakwa bekerjasama dengan pihak tentera China. Minggu lalu Apple dilaporkan meminta kebenaran khusus membeli RAM keluaran CXMT bagi keperluan pengeluaran produk mereka.

Sumber – WCCFTech

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved