Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

LocalBusiness & Finance
6 May 2026 • 8:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

image.png

Harga runcit RON97 kekal RM4.90 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan RM4.02 seliter berbanding RM3.97 seliter sebelum ini, manakala diesel di Semenanjung Malaysia naik kepada RM5.17 seliter berbanding RM5.12 seliter minggu lalu.