Harga RON97 kekal, RON95 tanpa subsidi, diesel naik

LocalBusiness & Finance
6 May 2026 • 7:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Harga RON97 kekal, RON95 tanpa subsidi, diesel naik

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Harga runcit RON97 kekal RM4.90 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan RM4.02 seliter berbanding RM3.97 seliter sebelum ini, manakala diesel di Semenanjung Malaysia naik kepada RM5.17 seliter berbanding RM5.12 seliter minggu lalu.

Dalam tempoh sama, kerajaan mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu, meliputi RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

MOF memaklumkan pelarasan harga itu berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu.

“Harga petroleum masih kekal tinggi, melebihi USD100 setong, berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat.

"Keadaan ini turut menjurus kepada kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global, yang semakin meruncing akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di rantau tersebut,” menurut kenyataan itu hari ini.

Justeru, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara.

View Original Article