Harga RON97, Diesel Naik Lagi, Sampai 7 Sen

LocalBusiness & Finance
25 Jun 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pada minggu lepas, harga minyak naik, minggu ini pun harga minyak naik 7 sen! Bermula esok hingga 2 Julai ini, harga RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia naik tujuh sen.

Ini bermakna, harga runcit RON97 naik daripada RM3.14 seliter kepada RM3.21 seliter manakala harga diesel pula naik daripada RM2.81 seliter kepada RM2.88 seliter.

image is not available

Mujur, harga runcit RON95 masih kekal iaitu RM2.15 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 liter.