KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi serta diesel tanpa subsidi masing-masing mencatat kenaikan bagi tempoh 20 hingga 26 Ogos ini.
Harga RON97 naik 10 sen kepada RM4.25 seliter, berbanding RM4.15 seliter sebelum ini.
Sementara itu, RON95 tanpa subsidi meningkat 15 sen kepada RM3.77 seliter, daripada RM3.62 seliter.
Harga diesel tanpa subsidi pula naik 20 sen kepada RM4.67 seliter, berbanding RM4.47 seliter sebelum ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pelarasan harga berkenaan ditetapkan berdasarkan Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), susulan peningkatan harga minyak mentah global yang dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik serta risiko terhadap bekalan.
Bagaimanapun, penerima yang layak masih boleh menikmati RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Harga diesel bersubsidi pula kekal pada RM2.10 seliter.
Bagi petrol di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi, harganya kekal pada RM2.05 seliter, manakala diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi terus dijual pada harga RM2.15 seliter.
Pelaksanaan harga baharu itu berkuat kuasa mulai 20 Ogos hingga 26 Ogos 2026. - Getaran, 19 Ogos 2026






