Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Turun Lagi Mulai Esok

LocalBusiness & Finance
21 Oct 2026 • 8:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Turun Lagi Mulai Esok

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun sebanyak 30 sen seliter, manakala harga diesel tanpa subsidi pula turun sebanyak 10 sen seliter bagi bagi tempoh 22 hingga 28 Oktober 2026.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga baharu RON97 ditetapkan pada RM4.80 seliter berbanding RM5.10 sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi turun kepada RM4.32 seliter daripada RM4.62 seliter.

Harga diesel tanpa subsidi pula turun daripada RM5.17 kepada RM5.07 seliter.

Penurunan harga itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut MOF, walaupun harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$100 setong, harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau mula menyederhana dalam tempoh pengiraan APM.

"Penyusutan harga ini didorong oleh jangkaan peningkatan bekalan dari China, disokong oleh pengeluaran berterusan dari negara Asia lain.

Baca juga:

"Paras harga minyak mentah yang kekal tinggi mencerminkan risiko gangguan bekalan susulan konflik geopolitik yang berterusan. Dalam jangkaan sederhana, harga petroleum dunia dijangka terus tidak menentu.

"Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini.

"Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, kerajaan dijangka membelanjakan RM40 bilion bagi subsidi bahan api pada tahun hadapan,” ujar MOF.

Tambahnya, langkah itu bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi serta menjamin kelangsungan mata pencarian rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved