Harga rumah mahal: 'Adakah PMX juga gagal mentadbir dengan baik?' - Akmal Saleh

LocalPolitics
5 Jul 2026 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Harga rumah mahal: 'Adakah PMX juga gagal mentadbir dengan baik?' - Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa harga rumah mahal di Johor berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menyediakan kediaman mampu milik.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Dr Akmal menarik perhatian dengan mengemukakan fakta purata harga rumah di Malaysia, yang mana pasaran tertinggi sebenarnya direkodkan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau menjelaskan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditadbir di bawah menteri lantikan Perdana Menteri, manakala Selangor diterajui oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan sendiri oleh Anwar.

"Maka saya sertakan fakta yang YAB boleh 'google' sahaja yang menyatakan bahawa dalam Malaysia purata rumah yang mahal adalah di kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Selangor.

"Adakah ini membawa maksud bahawa YAB juga gagal mentadbir kerajaan dengan baik?

"Kalau dibandingkan dengan fakta itu, harga rumah di Kuala Lumpur dan Selangor jauh lebih mahal berbanding Johor, maka adakah kegagalan YAB PMX juga jauh lebih hebat dari kegagalan kerajaan Johor? Mohon pencerahan," tulisnya.

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Anwar selaku Pengerusi PH yang mendakwa Johor yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mengetepikan hal-hal kebajikan berkaitan kepentingan rakyat termasuk kegagalan menyediakan rumah mampu milik.

Kenyataan berkenaan dipercayai dikeluarkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved