Harga Tiket F1 Sepang Bocor, Harga Bermula RM200 Untuk Pemegang MyKad

12 Aug 2026 • 6:44 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Harga Tiket F1 Sepang Bocor, Harga Bermula RM200 Untuk Pemegang MyKad

Maklumat awal mengenai harga tiket Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang akan berlangsung di Sepang pada 2 hingga 4 Oktober 2026 mula tersebar, termasuk harga khas untuk pemegang MyKad serta harga tiket untuk peminat antarabangsa.

Menariknya, maklumat harga berkenaan bukan sekadar khabar angin di media sosial. Harga tersebut sempat dipaparkan di laman rasmi Bahrain Grand Prix sebelum halaman berkenaan kemudiannya dipadamkan.

Berdasarkan maklumat yang sempat dipaparkan, terdapat dua kategori utama iaitu MyKad Holders Ticket dan International Fans Ticket.

Bagi pemegang MyKad, harga yang dipaparkan adalah:

  • Main Grandstand (MGS) – RM2,083.40
  • K1 Grandstand – RM1,386
  • F Grandstand – RM1,291.40
  • B Hillstand – RM809.60
  • C Hillstand – RM809.60
  • G Hillstand – RM200

Ini bermakna harga paling murah yang sempat dipaparkan adalah RM200 untuk kategori G Hillstand.

Sementara itu, bagi peminat antarabangsa, harga yang dipaparkan adalah dalam mata wang USD, dengan B dan C Hillstand masing-masing sekitar USD218.90, manakala kategori grandstand lain mempunyai harga lebih tinggi.

Bagaimanapun, harga tersebut masih belum boleh dianggap sebagai harga tiket rasmi untuk jualan di Sepang.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Azhan Shafriman Hanif, memaklumkan bahawa harga tiket masih dalam rundingan dengan pihak Bahrain dan SIC sedang cuba mendapatkan harga khas untuk pemegang MyKad.

Apa yang menarik, maklumat harga yang sempat muncul di laman Bahrain Grand Prix itu kini telah dipadamkan, menyebabkan status harga tersebut masih menjadi tanda tanya.

Jadi buat masa ini, peminat F1 di Malaysia masih perlu menunggu pengumuman final daripada Sepang International Circuit sebelum membuat sebarang pembelian atau menganggap harga tersebut sebagai harga rasmi.

Kita tunggu pengumuman rasmi daripada Sepang.

The post Harga Tiket F1 Sepang Bocor, Harga Bermula RM200 Untuk Pemegang MyKad appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved