‘Hari ini punya gaji sudah licin, tunggu bulan depan pula’

LocalPersonal Finance
22 Oct 2026 • 3:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Hari ini punya gaji sudah licin, tunggu bulan depan pula’

PETALING JAYA – Rata-rata penjawat awam melahirkan rasa syukur dan gembira apabila akaun bank masing-masing telah kembali ‘bernafas’, hari ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, pelbagai gelagat penjawat awam meraikan hari gaji sehingga ada yang sempat berbalas pantun di ruangan komen.

“Burung tempua membuat sarang,
Terbang rendah di waktu pagi,
Tak perlu dengki, tak perlu menyerang,
Hari ini gaji kami masuk lagi!

Demikian pantun yang ditinggalkan seorang pengguna dikenali sebagai 2Ahmad Zuhir.

Bagaimanapun, beberapa pengguna lain yang membalas pantun itu mendakwa walaupun gaji baru masuk tetapi ada yang sudah hampir licin.

“Membeli ikan di Kuala Kedah, hari ini punya gaji licin sudah,” balas @Takuya Kun.

“Ikan patin, ikan kelah, tunggu gaji bulan depan pulalah,”seloroh @Kita-kita.

Turut membalas pantun @Ahmad Zuhir adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Rohaya Sukur.

“Burung pipit atas bata, samalah kita,” balasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, penjawat awam menerima pembayaran gaji bagi bulan Oktober hari ini seperti yang dijadualkan Jabatan Akauntan Negara.

Selain itu, ada dalam kalangan penjawat awam turut menerima kenaikan gaji tahunan bersama pembayaran gaji bulan ini. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Hari ini punya gaji sudah licin, tunggu bulan depan pula’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved