Tebal poket penjawat awam hari ini

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 10:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tebal poket penjawat awam hari ini

PETALING JAYA – Penjawat awam menerima pembayaran gaji bagi bulan Oktober hari ini seperti yang dijadualkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Bukan itu sahaja, malah ada dalam kalangan penjawat awam turut menerima Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bersama pembayaran gaji bulan ini.

Perkara itu menjadi bualan di media sosial sejak semalam apabila rata-rata penjawat awam berkongsi keterujaan menantikan pembayaran gaji masing-masing.

Seorang pengguna Threads, @kimiehaikal secara berseloroh berkata, penjawat awam bakal menjadi ‘orang kaya’ untuk seketika apabila gaji dikreditkan.

“Esok penjawat awam kaya untuk seketika, sebab apa cuba komen,” tulisnya.

“Gaji masuk dan dapat kenaikan gaji,” jawab @dx.ba.

“Ada manis-manis gaji tahun ni, sekali dengan kenaikan gaji tahunan,” komen @syahir pula.

“Penjawat awam malam ni tidur lena. Esok gaji masuk sekali dengan KGT,” komen @Fakri.

Turut mencuri perhatian, pengguna @faezsharif yang menyifatkan hari ini sebagai hari kebanyakan penjawat awam akan ‘tersenyum’.

“Hari ini rata-rata penjawat awam akan tersenyum seketika, sebelum kembali melalui liku-liku kehidupan seperti biasa.
Apa pun, hargailah ia sementara ia masih ada,” katanya.

Semakan di portal rasmi JANM mendapati pembayaran emolumen bagi Oktober 2026 sememangnya ditetapkan pada hari ini, 22 Oktober, dan tarikh tersebut terpakai bagi semua negeri.

Bagaimanapun, difahamkan KGT yang diperkatakan di media sosial bukan kenaikan yang diterima oleh semua penjawat awam pada bulan ini.

Sebaliknya ia bergantung kepada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta kelayakan pegawai masing-masing. – KOSMO! ONLINE

The post Tebal poket penjawat awam hari ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved