“Hari Ini Saya Sedar Siapa Sahabat Susah Senang” – Rosmah Terharu Terima Sokongan Buat Najib Dari Seluruh Dunia

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 2:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa syukur dan terharu selepas menerima sokongan serta tawaran sumbangan daripada rakan-rakan susulan perkembangan terkini melibatkan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi hantaran di Facebook, Rosmah berkata sokongan berkenaan bukan sahaja datang daripada kenalan di Malaysia, malah turut diterima daripada sahabatnya di luar negara termasuk Brunei, Itali, Singapura dan Kanada.

Advertisement

Menurut Rosmah, mereka menghubunginya untuk berkongsi kegembiraan terhadap perkembangan terkini mengenai Najib selain menyatakan hasrat untuk menghulurkan sumbangan.

“Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga. Itu sahaja.”

Rosmah mengakui tidak menyangka masih ramai yang mengambil berat dan sanggup menawarkan bantuan kepada keluarganya.

“Saya tidak pernah menyangka begitu ramai yang masih mengambil berat dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan.

“Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang.”

Beliau turut merakamkan penghargaan atas segala doa, kasih sayang serta sokongan yang diberikan kepada keluarganya.

Sokongan itu hadir ketika usaha mengumpul dana bagi membantu Najib memenuhi syarat pembayaran denda RM50 juta sedang berlangsung. Najib sebelum ini diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda dan syarat lain yang ditetapkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

najib2026-09-20 12:39:22

Najib Kekal Di Penjara Kajang Hingga Denda RM50 Juta Dibayar – Peguam

The post “Hari Ini Saya Sedar Siapa Sahabat Susah Senang” – Rosmah Terharu Terima Sokongan Buat Najib Dari Seluruh Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved