
Pelakon, Hannah Delisha meluahkan rasa sedih selepas pemergian burung kesayangannya, Mochi.Menerusi perkongsian di Instagram, Hannah menyifatkan Mochi sebagai antara burung yang paling sweet dengannya.“Dia burung yang paling sweet yang saya ada,"tulisnya.Hannah berkongsi segalanya bermula apabila Mochi secara tiba-tiba telah jatuh sakit sebelum dibawa ke klinik haiwan.Mochi bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan telah pergi meninggalkan Hannah buat selama-lamanya."Mochi tiba-tiba jatuh sakit kritikal. Kami bergegas bawa dia ke klinik haiwan tetapi dia tidak dapat diselamatkan. "Kami tanam di bawah bunga jasmine. Jadi, kemana sahaja hidup membawa saya, dia akan sentiasa dekat dengan saya."Pergi pada hari jadi saya. Baby Mochi sentiasa di dalam hati saya," katanya lagi.





