Hari Malaysia: 16 September iltizam yang sentiasa diperbaharui, tiada wilayah terpinggir - PM

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hari Malaysia: 16 September iltizam yang sentiasa diperbaharui, tiada wilayah terpinggir - PM
Hantaran di Facebook Anwar bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

KUALA LUMPUR - Hari Malaysia mengingatkan bahawa negara dibina atas suatu waad atau ikatan antara pemerintah dengan rakyat, antara wilayah dengan Persekutuan dan antara kesetiaan dengan keadilan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook bersempena dengan sambutan Hari Malaysia hari ini, beliau berkata, 16 September adalah iltizam atau janji yang mesti sentiasa diperbaharui bahawa tiada wilayah dianggap terpinggir atau pinggiran, tiada kaum berasa terasing dan tiada rakyat tercicir daripada arus kemajuan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, harus diakui bahawa ada ketika perjalanan negara menyimpang, apabila soal kaum diperalat, jurang wilayah dibiarkan melebar dan perbezaan dijadikan tembok dan garis pemisah.

"Laut boleh memisahkan kita tapi tidak cita-cita dan harapan kenegaraan. Selamat Hari Malaysia!," kata beliau. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved