Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, hari ini telah berlangsungnya acara Keretapi Sarong 2026 (KS2026) yang sudah menjangkaui tahun ke-10 penganjurannya.
Ribuan rakyat Malaysia, pelbagai bangsa dan agama hadir memeriahkan acara yang diadakan di Raintree Plaza, TRX sambil menggayakan busana tradisional dengan kreatif.

Meskipun terpaksa berhadapan dengan asap jerebu yang menebal, ia tidak mematahkan semangat para peserta yang hadir bersama rakan, keluarga dan anak-anak kecil sambil membawa semangat ‘Sayang Malaysia’.
Dalam kemeriahan tersebut, kami sempat bertanya kepada beberapa peserta satu soalan mudah,
Apa yang buat anda rasa bangga jadi rakyat Malaysia?”
Ini antara jawapan mereka:
1. Kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia
Bagi sesetengah peserta, perkara yang paling membanggakan tentang Malaysia ialah kepelbagaian kaum yang wujud dalam negara ini.
Perbezaan latar belakang, budaya dan tradisi dilihat sebagai antara perkara yang menjadikan Malaysia unik.

2. Malaysia ada banyak makanan unik
Memang tak boleh dinafikan, makanan merupakan antara perkara yang sering dikaitkan dengan identiti Malaysia. Daripada nasi lemak, roti canai, laksa, satay hinggalah kepada pelbagai makanan tradisional mengikut negeri dan kaum, pilihan makanan di Malaysia sememangnya pelbagai.
Artikel berkaitan: “Takkan nak duduk rumah je?” – Ini 5 ‘Event’ Korang Boleh Join Sempena Hari Malaysia
Artikel berkaitan: “Ewah!” – Tarian & Persembahan Antara Tarikan Menarik Di Pavilion Negeri MAHA 2026!
3. Budaya & pakaian tradisional
Melihatkan pakaian yang digayakan para peserta, jelas kelihatan bagaimana budaya dan warisan pelbagai negeri serta kaum diraikan dalam satu acara yang sama.
Bagi mereka, kepelbagaian budaya inilah antara perkara yang menjadikan Malaysia istimewa dan mereka berbangga dengan keunikan ini.

Dapat dirumuskan, mungkin jawapan setiap peserta agak berbeza, tetapi kebanyakannya kembali kepada satu perkara iaitu kepelbagaian yang wujud dalam Malaysia.
Keretapi Sarong bukan sekadar acara untuk menggayakan pakaian tradisional atau meraikan Hari Malaysia, tetapi ia turut menjadi ruang untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang berkumpul dan meraikan kepelbagaian yang ada.
Jadi, apa pula perkara yang paling membuatkan anda bangga menjadi rakyat Malaysia? Jom luahkan di ruangan komen!
Sumber: Lobak Merah
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






