
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan sesi persekolahan merupakan satu momen yang indah buat semua. Justeru ramai yang akan bersedih apabila tiba waktu untuk berpisah.
Ini kerana selain menuntut ilmu, rakan-rakan juga membuatkan sesi persekolahan si kecil menjadi lebih seronok dan memotivasikan mereka untuk ke sekolah.
Namun perpisahan merupakan satu perkara yang biasa dalam kehidupan tetapi mungkin tidak mudah untuk dihadapi oleh segelintir individu.
Ibu kongsi momen hari terakhir 3 beradik ke sekolah sebelum pulang ke Malaysia
Baru-baru ini, tiga orang adik-beradik yang bersekolah di Sydney turut berdepan dengan perkara sama apabila terpaksa berpisah dengan rakan-rakan mereka kerana perlu pulang ke Malaysia.
Menerusi video yang dikongsikan oleh si Ibu, Zameera Zabir di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu menghantar anak perempuan dikenali sebagai Auni pada jam 8 pagi di sekolah menengah.
Sebelum Auni turun dari kenderaan, Zameera turut bertanya mengenai perasaannya memandangkan hari tersebut adalah hari terakhir dia bersekolah.
Anak-anak rasa sedih dan akan merindui rakan di sekolah Sydney
Auni kemudian menjawab dia berasa sedih dan pastinya akan merindui rakan-rakan di sekolah berkenaan sebelum menyalam ibu dan ayahnya.
Pada jam 8.30 pagi pula, Zameera menghantar dua orang lagi anak perempuannya iaitu Aira dan Anis ke sekolah.
Ketika bertanya kepada Aira bagaimana pula dengan perasaannya, dia juga memberikan jawapan sama iaitu sedih. Namun sedikit berbeza dengan jawapan anak keduannya, Anis yang mengatakan dia berasa baik pada hari itu.
Ibu turut sediakan hadiah, snek dan kamera polaroid untuk anak-anak simpan kenangan dengan kawan
Pada jam 2 petang, Zameera dilihat berjalan kaki ke sekolah Auni untuk menghantar kamera polaroid dan juga hadiah buat guru sekolah anak sulungnya itu.
Selepas menghantar barangan itu, pada jam 2.30 petang si ibu memandu ke sekolah anak kedua dan ketiga untuk menghantar kamera polaroid dan juga sedikit buah tangan buat rakan dan guru sekolah terbabit.
Antara barangan yang dibawa adalah snek, kek cawan serta hadiah untuk guru Aira dan Anis.
Kelihatan Zameera turut berada di dalam kelas untuk membantu Aira mengedarkan snek kepada rakan-rakannya.
Kelihatan rakan kelas turut bersedih
Sewaktu di dalam kelas, cikgu Aira turut memaklumkan kepada anak murid bahawa ia merupakan hari akhir anak kecil itu di sekolah kerana bakal pulang ke Malaysia.
Kedengaran rakan-rakan mengeluh kesedihan, malah ada yang seperti memeluknya dari belakang.
Apa yang lebih menarik, guru dan rakan kelas Aira turut menyediakan kad ucapan yang disertai dengan gambar mereka sempena hari terakhirnya di sekolah itu.
Pada jam 2.45 petang, tiba giliran Anis pula memberikan snek pada rakan-rakan dan kelihatan anak kedua itu turut berjumpa dengan gurunya untuk memberikan hadiah.
Cikgu dan staf sekolah dilihat gembira terima hadiah dari anak murid
Mereka turut memberikan hadiah kepada salah seorang staf yang bekerja di sekolah tersebut dan kelihatan mereka gembira menerimanya.
“Alhamdulillah untuk pengalaman tiga tahun belajar di luar negara. Rezeki yang tak semua dapat.
“Mereka mengajar kami betapa pentingnya ‘acceptance’ (penerimaan) kami rasa diterima, dihargai dan paling penting belong (dimiliki),” katanya.
Ibu turut imbau kenangan ketika hari pertama anak-anak pergi ke sekolah di Sydney
Di ruangan kapsyen, Zameera memaklumkan video itu dirakam pada 15 Mei yang lalu. Malah dia turut mengimbau kenangan sewaktu pertama kali anak-anaknya bersekolah di Sydney di mana mereka berasa gementar dan cemas.
“Alhamdulillah para guru dan persekitaran sekolah sangat bagus untuk mereka dan mereka bergaul dengan baik.
“Melihat semula gambar serta apa yang mereka telah jadi sekarang adalah sesuatu yang berharga.
“Perkara paling mahal yang anak-anak belajar sepanjang berada di sekolh Sydney adalah pentingnya penerimaan. Betapa dengan sikap menerima dengan hati terbuka boleh mengubah kehidupan seseorang.
“Mereka menerima, rasa dimiliki, dan paling penting rasa mereka juga sama-sama penting.”
Penerimaan guru dan rakan begitu luar biasa
Malah dia turut berkongsi satu momen di mana Anis pernah menunjukkan padanya sebuah mural yang baru dilukis oleh gurunya dan mengatakan cikgu mengatakan karakter yang memakai tudung dalam lukisan itu mewakili mereka.
Jelasnya meskipun ia satu tindakan kecil namun memberikan impak yang besar kepada kehidupan mereka.
Dia juga berkongsi momen itu untuk dilihat pada sudut yang positif dan sebagai pengajaran di mana kebaikan mungkin kelihatan kecil namun memberikan impak besar.
@zameerazabirofficial 15.05.2025 Kenangan hari terakhir persekolahan Auni, Anis dan Aira di Sydney ✨🎓 Flashback to their very first day of school on July 2022 (Auni & Aira) & 6th February 2023 (Aira), They were so nervous and anxious. Alhamdulillah the teachers & the school environment were so good for them that they blended in so well. Looking back at all these photos and seeing what they have become now is just Priceless. Perkara paling mahal yang kids belajar sepanjang berada di sekolah Sydney adalah the importance of Acceptance. Betapa dengan sikap menerima with open arms and heart could change someone’s life. They were accepted, They felt that they belong, Most importantly, They felt they were equally important. Sila tengok cover gambar video ni to understand what is the true meaning of acceptance 🫶🏻 I still remember Anis dragged my hand to show me a newly painted murals. If i was not mistaken tahun 2024. Anis cakap “Ibu ni teacher lukis and teacher cakap yang pakai tudung ni represent kita” And a wave of emotion just washed over me 😭 A small act, yet it left such a big impact on our lives. As i am sharing this farewell journey, I hope everyone reading this would take as many positive vibes and lessons as you can and create a reminder to all that Kindness may seem small, but its ripple effect can reach places we’ll never see. Every act of kindness plants a seed of hope, in others and in ourselves. Thank you Sydney for teaching us the true meaning of kindness 🫶🏻 Lots of Love Zameera Zabir 💋🤍 #anakrantau #sydney ♬ original sound – DNP
Ramai turut berasa sedih lihat 3 beradik terpaksa berpisah dengan rakan untuk pulang ke Malaysia
Melihat di ruangan komen ramai yang turut berasa sebak apabila melihat tiga beradik itu terpaksa berpisah dengan rakan dan guru mereka untuk pulang ke Malaysia.
Malah ada yang mengatakan berpeluang bersekolah di Sydney merupakan pengalaman yang tak ternilai.
“Palik sedih part Aira peluk staf tu, aku pula yang menangis”

“Pengalaman tak ternilai. Itulah beza sekolah di luar negara dan sekolah di dalam negara. Anak-anak meneroka, bina adab yang murni dan bina keyakinan”

“Sedih, rindu tengok dia orang pergi sekolah pagi-pagi di Sydney”


![Siap Nak Bayar Lebih, Ramai Puji Sikap Baik Aunty Beri Sokongan Kepada Peniaga Tepi Jalan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![“Lambat Duduk Luar” – Pensyarah Mahu Kunci Pintu Bilik Kuliah Sebagai ‘Denda’ Pelajar Lewat Cetus Debat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)
