Harimau Malaya asah ‘taring’ di China

LocalFootball
30 Sep 2026 • 6:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harimau Malaya asah ‘taring’ di China

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya sekali lagi bakal ‘keluar sarang’ menjelang jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) November ini apabila dijadualkan terbang ke China bagi mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.

​Perkembangan itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan yang memaklumkan skuad kendalian negara akan berdepan pasukan kebangsaan China di Guangzhou pada 14 dan 17 November depan.

​Langkah berani mengatur perlawanan di tempat lawan itu adalah sebahagian daripada misi serampang dua mata skuad negara dalam memburu mata ranking FIFA bagi memastikan kedudukan balang (pot) yang lebih baik menjelang undian kelayakan Piala Dunia 2030 akan datang.

​Menurut Ab Ghani, FAM terus komited memberi pendedahan terbaik di gelanggang luar negara demi mematangkan persiapan pasukan.

​”November ini kita dalam rangka untuk mendapatkan tier yang terbaik ataupun kedudukan ranking yang baik. Kita juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan Tier 1 antarabangsa kerana ada kutipan mata penting untuk meningkatkan ranking kita.

“Bila bercakap tentang pot yang baik, sudah tentunya berkait rapat dengan ranking dan perlawanan persahabatan seperti ini amat diperlukan.

​”Jadi pada November ini telah pun disahkan, kita akan mengadakan dua perlawanan dengan China di Guangzhou pada 14 dan 17 November.

“Ini juga persiapan-persiapan yang kita harus lakukan untuk Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan tersebut, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Harimau Malaya asah ‘taring’ di China appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved