Harimau Malaya masih mampu mengaum 

10 Aug 2026 • 8:24 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harimau Malaya masih mampu mengaum 

PETALING JAYA: Kejayaan Harimau Malaya menempah tiket ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 tidak membuatkan ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe mendabik dada, sebaliknya menganggap perjuangan skuad negara masih panjang.

Malaysia mara ke kelompok empat terbaik selepas menundukkan Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin selepas mengumpul sembilan mata di belakang Thailand, 12 mata selaku juara kumpulan.

Cheng Hoe mengakui pencapaian itu cukup bermakna selepas Harimau Malaya mengharungi persiapan yang serba kekurangan sebelum kejohanan.

Namun, beliau menegaskan, kejayaan tersebut terhasil daripada keinginan pemain, kepercayaan sesama sendiri serta bimbingan barisan kejurulatihan yang tidak pernah putus memberi sokongan.

“Memang dari awal lagi kita tahu persiapan pasukan kurang dan perjalanannya agak kurang lancar.

“Tetapi disebabkan keinginan pemain itu sendiri, kepercayaan antara satu sama lain sebagai satu pasukan dan kita ada barisan jurulatih yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain, akhirnya kita berjaya layak ke peringkat separuh akhir,” katanya.

Lebih manis, kejayaan itu hadir ketika tidak ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap kemampuan Malaysia untuk melepasi peringkat kumpulan berdasarkan keadaan persiapan pasukan.

“Pada awalnya mungkin tidak sesiapa memberi kita peluang untuk layak ke peringkat separuh akhir.

“Sebagai jurulatih, saya berterima kasih kepada semua barisan jurulatih dan juga pemain yang memberi satu keyakinan kepada pasukan untuk layak ke separuh akhir,” katanya.

Bagaimanapun, Cheng Hoe sedar cabaran sebenar kini menanti apabila Vietnam menjadi lawan Harimau Malaya pada separuh akhir.

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi aksi pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 16 Ogos ini sebelum bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi, tiga hari kemudian. – UTUSAN

The post Harimau Malaya masih mampu mengaum  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved