Harimau Malaya miliki padang tertutup

LocalFootball
6 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harimau Malaya miliki padang tertutup

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya bakal memiliki padang latihan tertutup di Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang dijangka memberi kemudahan lebih lengkap kepada pasukan negara.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kemudahan itu sedang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek pembangunan NTC di Putrajaya.

Katanya, NTC ketika ini mempunyai tiga padang termasuk padang rumput ‘bermuda’, padang rumput ‘hibrid’ serta sebuah padang tertutup yang sedang dalam proses pembinaan struktur bumbung.

“Alhamdulillah di NTC ada tiga padang. Saya tengok ada padang rumput bermuda satu, kemudian jenis hibrid satu dan satu lagi padang tertutup untuk ‘indoor’.

“Saya dapat laporan daripada sekretariat, mereka sedang membuat bumbung. Jadi tidak boleh buat padang dulu kerana mereka sedang membuat struktur bumbung,” katanya.

Kemudahan itu sebelum ini sudah menjadi sebahagian daripada infrastruktur latihan moden di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjadi contoh terbaik kepada ekosistem bola sepak negara.

Ab Ghani berkata, kedudukan NTC juga amat sesuai untuk pembangunan pusat latihan berkenaan, selain kemudahan pencahayaan yang membolehkan sesi latihan dijalankan pada waktu malam.

“Yang penting ialah padang jenis Bermuda itu supaya dapat dipertingkatkan lagi dan ia sedang dipertingkatkan kerana ada sedikit permasalahan dengan padang Bermuda tersebut.

“Yang lain saya nampak okey, pencahayaan pun okey untuk bermain malam. Untuk latihan tidak ada masalah,” katanya. – UTUSAN

The post Harimau Malaya miliki padang tertutup appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved