Harimau Malaya tanpa kelibat Faisal, Corbin

FootballSports
1 Oct 2026 • 9:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Harimau Malaya tanpa kelibat Faisal, Corbin
Faisal (kiri) dan Corbin direhatkan pada malam ini dalam pertemuan dengan Singapura. - FOTO: FB Malaysia NT.

SKUAD Harimau Malaya membuat dua perubahan dalam kesebelasan utama untuk berdepan Singapura pada aksi terakhir Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada malam ini.

Faisal Halim tidak dapat diturunkan susulan kecederaan, sekali gus memberi peluang kepada Fergus Tierney untuk mengisi posisi di bahagian serangan, manakala Daniel Ting mengambil tempat La' Vere Corbin-Ong di pertahanan kiri.

Syihan Hazmi terus diberi kepercayaan menjaga gawang dengan Dion Cools sekali lagi mengetuai benteng bersama Quentin Cheng, Brad Tapp dan Daniel.

Cools turut kekal sebagai kapten bagi mengetuai skuad negara dalam perlawanan yang cukup penting itu.

Di bahagian tengah, Tan Cheng Hoe mengekalkan trio Stuart Wilkin, Nooa Laine dan Manuel Hidalgo seperti ketika menentang Indonesia sebelum ini.

Arif Aiman Hanapi pula terus menjadi pilihan di bahagian sayap bersama Tierney bagi menyokong Bergson da Silva yang mengetuai jentera serangan.

Kemasukan Tierney dijangka memberi dimensi berbeza kepada serangan Harimau Malaya selepas Faisal terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Secara keseluruhan, Cheng Hoe mengekalkan sebahagian besar kesebelasan ketika seri 0-0 dengan Indonesia pada Isnin lalu dengan hanya dua perubahan dibuat.

Pertembungan malam ini menjadi penentu penting buat Malaysia yang kini mengumpul empat mata, sama dengan Indonesia, manakala Singapura berada satu mata di belakang dengan tiga mata.

Bangladesh pula masih belum mengutip sebarang mata dalam Kumpulan A.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved