Hasil guna ‘cable’ nenek, Nabil Ahmad berjaya bergambar dengan Lee Zii Jia!

7 Aug 2024 • 12:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bergambar dengan Lee Zii Jia

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad luah rasa teruja apabila dapat bergambar dengan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10.20 pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @era.je di laman Instagram, kelihatan Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad memanggil pemain nombor enam dunia itu untuk bertemu neneknya yang turut berada di lokasi tersebut.

Bergambar dengan Lee Zii Jia

image is not available

Hasilnya, Nabil berjaya menggunakan kesempatan yang terhidang untuk bergambar bersama Lee Zii Jia selepas menggunakan ‘cable’ ahli keluarga pemain yang berusia 26 tahun itu.

Bergambar dengan Lee Zii Jia

image is not available

image is not available

Netizen terhibur!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelawak yang berusia 41 tahun itu yang tidak berputus asa untuk merakam momen bersama Lee Zii Jia.

image is not available image is not available

Baik punya cable Nabil pakai

image is not available

Sekadar info, pemain badminton negara iaitu pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dan beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menghadiahkan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Difahamkan juga, ketiga-tiga pemain badminton itu bakal menerima SUV Chery Tiggo 7 Pro daripada Chery Malaysia sebagai ganjaran penat lelah mereka.

Sumber: Instagram @era.je