Hasrat pulang ke kampung tak kesampaian, pekerja kilang maut dalam nahas

7 Aug 2026 • 4:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hasrat pulang ke kampung tak kesampaian,  pekerja kilang maut dalam nahas
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Gambar kecil: Raiz Mukhliz

MUAR - Hasrat seorang pekerja kilang yang mahu pulang ke kampung tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) pada jam 8.15 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki berusia 18 tahun itu menunggang Yamaha Y15 dari Puncak Alam, Selangor ke kampungnya di Ayer Baloi, Pontian.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lalu terbabas dan tercampak ke parit.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved