“Rasa Hati Ini Hancur, Sedih Mengenangkan Anak-Anak” – Adibah

3 Aug 2023 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas diceraikan dengan talak satu meskipun usia perkahwinan mencecah 28 tahun, Adibah Mutalib tidak dapat menggambarkan perasaannya dengan kata-kata.

Rasa hati ini hancur. Dah tak ada apa yang nak dicakapkan lagi.”

Adibah, 50, berkata sudah tentu dia berasa kecewa dengan keputusan yang dibuat pada hari ini namun sudah menjangkakan tindakan bekas suaminya itu.

Saya dah boleh agak dan dapat rasakan pengakhirannya begini (cerai). Kalau sedih pun, sedih mengenangkan anak-anak.”

image is not available

Terdahulu, Rosland Othman, 50, melafazkan talak kepada Adibah di Mahkamah Rendah Syarikah Kuala Lumpur tepat jam 10.50 pagi.

Rosland memberi alasan tiada lagi persefahaman dan tiada lagi perasaan sayang terhadap Adibah selain pendamaian kedua-dua pihak sebelum ini gagal dicapai.

Oleh itu, mahkamah mengarahkan atau memberi kebenaran kepada Rosland selaku pihak plantif melafazkan talak satu terhadap Adibah.

image is not available 19 hours ago

“Jangan Tinggal Sesen Pun, Jangan Kesiankan” - Warganet Cadang Adibah Tuntut Harta Sepencarian 28 Tahun Berkahwin