HCK Capital beli lot tanah ketiga di Setia City BizPark bernilai RM19.35 juta

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2025 • 12:09 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HCK Capital beli lot tanah ketiga di Setia City BizPark bernilai RM19.35 juta

image is not available

12/08/2025 - 12:09

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 12 Ogos – HCK Capital Group Bhd mengukuhkan portfolio hartanahnya dengan pembelian lot ketiga seluas 0.49 hektar di Setia City BizPark berharga RM19.35 juta daripada Bandar Setia Alam Sdn Bhd.

Dengan pembelian itu, HCK Capital kini memiliki sebanyak 1.49 hektar tanah pegangan bebas di kawasan komersial tersebut dengan nilai keseluruhan RM57.99 juta.

Terdahulu, dua perjanjian bagi pembelian lot lain telah dimeterai minggu lalu.

Menurut HCK Capital, lot berkenaan dinilai pada RM19.89 juta oleh penilai bebas dan harga belian tersebut telah diberi diskaun sebanyak 2.7%.

“Pembayaran bagi pengambilalihan ini akan dibiayai menggunakan dana dalaman dan pinjaman bank.

image is not available

“Lot tanah ini terletak dalam kawasan Setia City BizPark yang strategik di Bukit Raja, mudah diakses melalui lebuh raya utama dan dikelilingi kawasan perumahan yang sedang berkembang pesat.

“Lokasi ini berpotensi tinggi dan permintaan terhadap hartanah komersial di kawasan ini dijangka terus kukuh,” kata syarikat itu.

Pengambilalihan dijangka selesai pada separuh pertama 2026 dan akan menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan HCK Capital dalam jangka sederhana dan panjang.- DagangNews.com

standard